Page 153 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 153

Menulis
                                                Satu Murid Satu Pokok
                  Pada hari minggu yang lalu, murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Baling
                  mengadakan  program  Satu  Murid  Satu  Pokok.  Program  itu  diadakan  bersempena
                  dengan  Minggu  Alam  Sekitar.  Semua  warga  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina  Baling
                  terlibat bagi menjayakan program yang julung kali diadakan.
                       Aktiviti  ini  diadakan  untuk  menghijaukan  kawasan  sekolah.  Selain  itu,  udara
                  di  kawasan  sekolah  akan  menjadi  nyaman.  Kawasan  sekolah  juga  menjadi  lebih
                  cantik dan indah dengan kehijauan pokok-pokok yang ditanam.
                       Pada  hari  itu,  semua  murid  tahun  enam  membawa  pokok  yang  dibeli  atau
                  disemai sendiri. Setelah sampai di sekolah, mereka berkumpul di dewan utama. Cikgu
                  Jun Hong memberikan taklimat kepada mereka agar program itu berjalan dengan
                  lancar. Di samping itu, Cikgu Jun Hong menasihati mereka supaya berhati-hati agar
                  tidak berlaku kecederaan.
                       Selepas itu, mereka mula membuat lubang. Mereka memasukkan kompos ke dalam
                  lubang itu agar pokok dapat membesar dengan cepatnya. Tanah itu juga akan subur
                  kerana kompos bebas daripada bahan kimia.
                       Mereka menanam pokok di kawasan yang dikhaskan mengikut kelas masing-masing.
                  Untuk  memilih  pokok  bukanlah  mudah.  Oleh  itu,  mereka  mendapatkan  nasihat
                  daripada guru-guru dan ibu bapa. Kebanyakan pokok yang dipilih ialah pokok yang
                  dapat meredupkan kawasan sekolah seperti pokok sena.
                       Untuk memastikan pokok itu sentiasa subur, mereka menggunakan penghalau
                  organik.  Penghalau  ini  mampu  menghalang  serangga  seperti  semut  dan  belalang
                  yang suka merosakkan anak-anak pokok yang baru ditanam.
                                     Setelah  mereka  bekerja  sehari  suntuk,  semua  pokok  itu  berjaya
                                ditanam. Selepas beberapa bulan, kawasan sekolah itu menjadi lebih
                                cantik dan udara persekitaran juga nyaman.

                                  Kawan-kawan, ulaskan kebaikan
                      Mari
                       Tanam      program Satu Murid Satu Pokok.
                        Pokok














                               Aktiviti

                                  Menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang gramatis.


                                  Murid membaca maklumat dalam petikan.
                 128
                         3.9.1
                                PK: Nilai Murni – Kerjasama                      Ilmu – Sains Pertanian
                                Strategi P & P: KB – Menyelesaikan masalah           BCB – Bacaan imbasan dan luncuran
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158