Page 149 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 149
Pemulihan
Pindahkan maklumat ke dalam peta pemikiran yang sesuai.
Bangunan Parlimen Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan ini terletak di kawasan Taman Bangunan ini terletak di Jalan Raja, Kuala
Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Bangunan Lumpur. Bangunan ini mula digunakan
ini dirasmikan pada 2 November 1963 oleh pada tahun 1897. Bangunan ini menjadi
Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku mercu tanda negara dan juga sering
Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed menjadi latar belakang bagi upacara
Hassan Jamalullail. Bangunan ini menjadi penting negara seperti Sambutan Hari
simbol demokrasi negara kita. Kebangsaan dan Tahun Baharu.
Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur
Bangunan ini terletak di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Bangunan ini dibuka
dengan rasminya pada 1 Ogos 1910. Bangunan ini banyak menyimpan sejarah negara.
Sebagai contoh, pada tahun 1946, perhimpunan bagi membantah dan memulaukan
pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union diadakan di stesen
kereta api ini.
Pengayaan
Teliti arahan tugasan yang diberikan.
Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Dalam kalangan masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional.
Alat muzik ini dapat diklasifikasikan kepada jenis tertentu.
Alat muzik seperti gong, canang, kertuk buluh dan angklung ialah alat muzik
idiofon. Alat muzik jenis ini menghasilkan bunyi menerusi kaedah ketukan, lagaan dan
goncangan.
Rebab, gambus, kecapi buluh dan sape pula merupakan alat muzik kardofon.
Alat muzik jenis ini menghasilkan bunyi daripada petikan atau gesekan tali yang
diregangkan.
Selain contoh yang dinyatakan, terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional
Melayu yang lain.
Tugasan:
1. Kenal pasti maklumat yang terdapat dalam petikan. Kemudian, cari maklumat
tambahan tentang alat muzik tradisional daripada sumber lain.
2. Pindahkan maklumat tersebut dengan menggunakan peta pemikiran.
124

