Page 150 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 150
DAMAINYA BUMIKU
Janji kepada Bumi
Bumi
Kekalkan kehijauanmu
Takkan kubiarkan tubuhmu binasa
Dimamah bahan kimia.
Wahai Bumi!
Nyamanlah dirimu
Bersama makhluk di dadamu
Sisa makanan diorganikkan
Agar sejahtera perutmu.
Kami kian sedar
Prihatin terhadapmu
Lantas tangan-tangan kami
Membentuk alam lestari
Agar hidupan di dadamu
Aman sejahtera.
Bumiku
Kami praktikkan tenaga lestari
Belajar daripada alam semula jadi
1 Murid 1 Pokok
1 Murid 1 Pokok
1 Murid 1 Pokok
Memaksimumkan kualiti bumi
Teknologi hijau kami terokai.
Oh, Bumi!
Kami berjanji
Bersatu hati
Bak seberkas lidi
Dirimu takkan menangis lagi
Dirimu takkan disakiti lagi.
Hijau itu indah
Hijau itu indah
Deklamasikan sajak dan nyatakan maksud.
125

