Page 173 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 173

Menulis


                                            Ahli Sains Bertaraf Dunia


                                            Profesor Dr. Abdul Latif bin Ahmad
                                            •  lahir di Beranang, Selangor pada 4 Januari 1967
                                            •  merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan
                                                Kimia serta Dekan Penyelidikan, Sains Fundamental,
                                                Universiti Sains Malaysia
                                            •  menjalankan kajian dan penyelidikan bagi
                                                merawat air sisa kilang kelapa sawit dengan
                                                menggunakan teknologi membran
                                            •  diiktiraf sebagai seorang daripada saintis
                                                dunia yang mempunyai minda saintifik paling
                                                berpengaruh di dunia oleh Agensi Thomson
                                                Reuters, New York, Amerika Syarikat
                                            •  penerima Anugerah Merdeka 2014



                  Jian  Hui  sedang  menyiapkan  folio  tentang  tokoh  ahli  sains  negara.  Untuk
                  melaksanakan  tugasan  tersebut,  dia  perlu  menulis  biografi  tentang  ahli
                  sains yang dikaguminya. Dia telah melakukan penyelidikan dengan merujuk
                  pelbagai sumber seperti keratan akhbar, majalah dan Internet. Setelah berjaya
                  mengumpulkan  maklumat  yang  berkaitan,  dia  pun  menaip  tugasannya
                  di komputer.
                  di komputer.






                  Profesor Dr. Abdul Latif bin Ahmad         .




                       Jian  Hui  amat  mengagumi  Profesor  Dr.  Abdul  Latif  kerana  beliau  telah
                  mengharumkan  nama  negara  di  persada  dunia.  Sebagai  anak  Malaysia,
                  Jian  Hui  berasa  amat  bangga.  Kejayaan  Profesor  Dr.  Abdul  Latif  mahu
                  dicontohinya. Dia juga menjadikan Profesor Dr. Abdul Latif sebagai idolanya.

                              Aktiviti
                                 Menulis perenggan yang kohesi dan koheren dengan betulnya.



                                  Murid membaca dan memahami maklumat.
                 148
                          3.7.1
                                PK: Nilai Murni – Kerajinan            Ilmu – Sejarah
                                Strategi P & P: KB – Menjanakan idea   Pembelajaran Konstruktivisme
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178