Page 175 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 175

Kata Adjektif dan Kata Penguat


                                                  Bahaya Ribut Petir

                  Angin malam yang dingin menderu masuk menerusi tingkap yang terbuka.
                  Sarmeela yang sedang berbaring di atas katil bingkas bangun kerana mahu
                  menutup tingkap biliknya. Sewaktu mahu menarik daun tingkap yang terkuak,
                  Sarmeela sempat mendongak ke langit. Dalam samar-samar cahaya bulan,
                  kelihatan  awan  hitam  kumulonimbus  sedang  berarakan.  Sekali-sekala,
                  panahan kilat menerangi suasana langit malam.
                       Setelah menutup tingkap, Sarmeela kembali ke katil lalu meneruskan
                  pembacaannya.

                  Ribut petir merupakan fenomena alam yang biasa berlaku di negara kita. Ribut petir ditakrifkan
                  oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian nyahcas elektrik secara tiba-tiba
                  yang menghasilkan lintasan cahaya, iaitu kilat dan bunyi guruh.
                       Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan lebat, kilat sabung-menyabung dan
                  biasanya angin kencang. Di Malaysia, fenomena ini biasanya berlaku sepanjang tahun dan
                  lazimnya berlaku pada waktu petang dan awal senja.
                       Sewaktu kejadian ribut petir, kita perlulah sentiasa berwaspada untuk menghindarkan
                  malapetaka.  Hentikan  semua  aktiviti  luar  apabila  mendengar  guruh  di  langit.  Jangan
                  tunggu sehingga berlaku panahan petir barulah kita mahu mencari perlindungan. Apabila
                  kedengaran bunyi guruh, hal ini bermakna bahawa kita berada dalam lingkungan kawasan
                  panahan petir. Petir dapat bergerak antara 16 kilometer hingga 19 kilometer ke hadapan
                  sebelum ribut melanda.


                  perlahan         sekali          gelap          sangat          terang          lebat



                              cukup           panas             takut          kencang           terlalu






                       Tum...tam...bunyi  guruh  yang  amat  kuat  berdentum-dentam.  Serentak
                  dengan itu, suasana di dalam bilik Sarmeela menjadi gelap-gelita.
                       “Aduhai,  bekalan  elektrik  terputus  pula!”  Sarmeela  merungut  sambil
                  teraba-raba dalam kegelapan.
                       Sarmeela berasa sungguh cemas             .

                               Aktiviti
                                  Menggunakan pelbagai kata adjektif dan kata penguat
                                  dengan betulnya untuk melengkapkan cerita.
                                  dengan betulnya untuk melengkapkan cerita.
                                  Murid membaca teks dan memahami cerita.
                 150
                          5.1.5
                                PK: Nilai Murni – Berwaspada                Ilmu – Sains
                                Strategi P & P: KB – Mereka cipta           Pembelajaran Kontekstual
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180