Page 177 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 177

Membaca


                                         Mengurangkan Populasi Anai-anai


                  “Tuk,  banyaknya  anai-anai,”  jerit  Amar  tatkala  membuka  almari  di  dapur.
                  Matanya  terbeliak  apabila  melihat  serangga  kecil  berwarna  putih  sedang
                  memakan dinding almari datuknya.
                       Tidak lama kemudian, datuk Amar muncul dengan tergopoh-gapah. Tugas
                  memberi kambing makan di belakang rumah ditinggalkannya untuk seketika.
                       “Di  manakah  anai-anai  itu?  Biar  tuk  musnahkannya  dengan  racun
                  serangga perosak ini,” ujar datuk Amar sambil menunjukkan sebotol racun
                  serangga yang sangat kuat baunya.
                       “Tuk, janganlah guna racun serangga yang berbahaya ini. Gunakanlah
                  pembasmi anai-anai daripada durian belanda.” Amar memberikan cadangan.
                       Apabila  melihat  keadaan  datuknya  yang  terpinga-pinga,  Amar  pun
                  menceritakan  produk  DHolland  yang  telah  memenangi  Anugerah  Inovasi
                  Negara 2013.

                  DHolland merupakan produk yang dapat mengurangkan
                  populasi  anai-anai  tanpa  membunuhnya.  Produk  ini
                  dihasilkan oleh Pasukan Penyelidikan Saintifik dan Inovasi,
                  SMK LKTP Pemanis, Segamat, Johor Darul Takzim. Bahan
                  asas yang digunakan untuk menghasilkan produk ini ialah
                  asas yang digunakan untuk menghasilkan produk ini ialah
                  ekstrak daun durian belanda atau Annona muricata.
                       Kajian  tersebut  membuktikan  bahawa  produk  ini
                       Kajian  tersebut  membuktikan  bahawa  produk  ini
                  berkesan  untuk  mengurangkan  populasi  anai-anai  dan dan
                  berkesan   untuk   mengurangkan   populasi   anai-anai
                  beberapa jenis serangga lain. Produk ini bukanlah sejenis
                  beberapa jenis serangga lain. Produk ini bukanlah sejenis
                  racun. Oleh itu, produk ini mesra alam dan selamat digunakan.
                                 produk ini mesra alam dan selamat digunakan.
                       Produk ini telah mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugerah
                  Inovasi Negara 2013 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Murid yang
                  terlibat dalam penghasilan produk ini ialah Muhammad Azhari bin Imran, Noradilah binti
                  Sahari, Suria binti Sipon dan Anisya Natasya binti Kamaruddin.

                       “Pon…pon…” kedengaran bunyi hon yang bingit dari arah jalan raya.
                       “Tuk,  kambing  tuk  sudah  terlepas  ke  jalan  raya,”  pekik  Amar  apabila
                  ternampak beberapa ekor kambing sedang berdedai-dedai melintas jalan raya.
                       “Cis, anai-anai punya angkara, kambing pula menjadi mangsa!” bentak
                  datuk Amar lalu bergegas untuk menyelamatkan kambingnya.

                              Aktiviti
                                 Membuat ulasan tentang cerita dan rencana.



                                  Murid membaca dan memahami teks untuk mendapatkan maklumat tersurat
                 152              dan tersirat.
                          2.4.1
                                PK: Nilai Murni – Berdaya usaha             Ilmu – Sains
                                Strategi P & P: KB – Mereka cipta           Kreativiti dan Inovasi
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182