Page 179 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 179
Mencipta Puisi
Syair Pencipta Tangan Robotik
Dengarlah ini suatu cerita,
Cerita tentang seorang pencipta, niat murni jari-jemari
Otak geliga laksana pendeta,
ciptaan pintar
Namanya harum merata-rata. ciptaan pintar
Dalam hatinya hasrat terdetik,
Untuk mencipta tangan robotik,
Dapat dikawal secara automatik,
Hebat dan canggih berciri futuristik.
,
, berhati walang sinar harapan
, ,
. . .
GEORGETOWN, 17 Mei - “Setelah banyak kanak-kanak menggunakan tangan mekanikal
ciptaan saya, tergerak hati saya untuk menghasilkan ciptaan yang lebih baik. Hal ini
penting agar tangan yang diterima bukan sekadar tangan tetapi dapat memberikan
kesan kepada pemikiran dan perkembangan psikologi mereka.”
Demikian kata Sujana Mohd Rejab, 47, yang lebih dikenali dengan panggilan
Pak Su tentang model tangan robotik baharu ciptaan beliau. Ciptaan tersebut
mempunyai aplikasi khas yang dapat membuat lebih 10 pergerakan ringkas jari-jemari
dengan hanya menekan skrin telefon pintar.
“Pengguna dapat membuat pelbagai isyarat seperti tanda bagus dan
melambai-lambaikan tangan. Selain itu, pengguna juga dapat menggenggam dan
membuka telapak tangan menerusi telefon pintar yang dipasang terus pada tangan
robotik itu,” katanya.
Katanya lagi, tangan robotik itu diperbuat daripada plastik dan karbon fiber serta
merupakan penambahbaikan daripada tangan mekanikal ciptaannya sebelum ini.
Bekas guru Bahasa Inggeris itu turut menjelaskan bahawa tangan robotik itu
lebih ringan dan mempunyai pergerakan jari yang lebih fleksibel.
Diubah suai daripada “Pak Su Cipta Tangan Robotik Konfigurasi dengan Telefon Pintar”
BERNAMA, 17 Mei 2015
Aktiviti
Mencipta syair dan melagukannya dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
intonasi yang betul.
Murid memahami teks.
154
4.4.2
PK: Nilai Murni – Kegigihan Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Mereka cipta Kreativiti dan Inovasi

