Page 180 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 180
UNIT 2 7 Manfaatkan Kemajuan Teknologi
Mendengar dan Bertutur
Teknologi Rumah Pintar
Apakah maklumat yang
sedang kamu baca, Jian Hui?
Saya sedang membaca maklumat
tentang teknologi rumah pintar.
Maklumat ini ditulis oleh seorang
pakar keselamatan rumah.
Tolong ceritakan kebaikan teknologi itu kepada ayah.
Ayah ingin mengetahuinya secara lebih lanjut.
Teknologi Rumah Pintar
• Barangan elektrik di rumah dapat
dikawal melalui telefon bimbit.
• Alat keselamatan rumah seperti
penggera, kekunci pintu serta paparan
kamera litar tertutup (CCTV) dapat
dikawal dari jauh.
• Masa dan bil elektrik dapat dijimatkan.
• Sistem pencahayaan dan pengudaraan
rumah dapat dikawal secara automatik.
• Mesej amaran dihantar terus ke telefon
bimbit pengguna apabila berlaku Eh, pakar keselamatan ini
pencerobohan. ayah kenal! Beliau kawan
• Sekiranya pengguna terlupa untuk ayah semasa menuntut
menghidupkan penggera sebelum di menara gading.
keluar rumah, mereka dapat
mengaktifkannya pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja.
Aktiviti
Menyebut pelbagai jenis ayat dan ragam ayat dengan betul
dan tepatnya.
dan tepatnya.
Murid meneliti bahan untuk mengenal pasti pelbagai jenis ayat dan ragam ayat serta
struktur binaan ayat. 155
1.2.6
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Mengenal pasti Pembelajaran Koperatif

