Page 187 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 187

UNIT 2 8                          Hargailah Pokok





                      Mendengar dan Bertutur

                                                        Tut Pokok

                                                          1                           2











                  Para penonton yang saya hormati,
                  Saya akan menunjukkan cara mengetut pokok. Perhatikan langkah-langkahnya.  3
                    Mula-mula, sediakan plastik, tanah dan bahan penggalak akar.
                  Kemudian, pilih ranting pokok yang hendak ditut. Toreh kulit batang itu
                  dengan menggunakan pisau.
                    Seterusnya, sapukan bahan penggalak akar pada ranting yang ditoreh.
                  Tempekkan tanah pada ranting tersebut. Kemudian, balut tanah itu dengan
                  menggunakan plastik yang nipis. Kemudian, ikat hujung dan pangkalnya.
                    Selepas beberapa bulan, akar akan tumbuh pada ranting tersebut.
                  Setelah akar matang, potong pangkal ranting itu. Kita dapat menanam
                  pokok hasil daripada pengetutan.
                    Selamat mencuba. Sampaikan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang
                  berminat untuk mengetut pokok.                                              4

                  Amar          : Ayah, saya telah mendapat maklumat tentang cara mengetut
                                 pokok daripada pegawai pertanian menerusi rancangan
                                 bertajuk “Agrojurnal” di televisyen. Beliau juga berpesan
                                 kepada para penonton agar menyampaikan maklumat
                                 tersebut kepada sesiapa yang berminat. Ayah berminat?
                  Encik Zakaria :  a, Amar. Bolehkah kamu terangkan kepada ayah?
                  Amar          : Boleh ayah. Mula-mula,     .


                  Amar ahli Kelab Sejahtera di sekolahnya. Amar telah menyampaikan pesanan
                  tentang cara mengetut pokok kepada kawan-kawannya. Simulasikan.

                               Aktiviti
                                  Menyampaikan pesanan dengan bahasa yang santun.



                                  Murid membaca dan memahami maklumat.
                 162
                         1.3.3
                                PK: Nilai Murni – Rasional                  Ilmu – Sains Pertanian
                                Strategi P & P: KB – Menjanakan idea        BCB – Bacaan imbasan
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192