Page 188 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 188

Membaca
                                                      Pilihan Bijak
                    Ruben dan ayahnya, Encik Anand, hendak menanam padi secara besar-besaran
                    di  petak  sawah  pusaka.  Mereka  melayari  Internet  untuk  mencari  maklumat
                    tentang kaedah penanaman yang terbaik.

                                              Tanaman Secara Tabur Terus

                    Pesawah boleh menabur benih padi yang telah bercambah pada petak-petak yang
                    berair ataupun kering. Alur perlu dibuat pada petak-petak itu agar benih padi tidak
                    dihanyutkan air. Bagi penanaman tabur kering pula, biji benih pracambah ditabur
                    di kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah.


                                                        Tabur Basah

                    Pesawah  hendaklah  memilih  benih  yang  terbaik  untuk  direndam  selama  24  jam.
                    Kemudian, benih itu ditoskan selama 48 jam untuk memudahkan percambahan. Benih
                    pracambah ditabur di tapak semaian khas. Seterusnya, semaian dibiar bercambah
                    antara  dua  hingga  tiga  hari.  Kemudian,  semaian  itu  dipindahkan  ke  rak  takungan
                    untuk  direndam  dan  dijaga  selama  15  hari.  Selepas  itu,  semaian  diubah  dengan
                    jentera penanam ke petak sawah yang telah disediakan. Selepas selesai menanam, air
                    di sawah itu akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga lima sentimeter.

                                           SRI (System of Rice Intensification)

                    Petani juga boleh menggunakan kaedah SRI. Mengikut kaedah ini, anak padi yang
                    berusia lapan hingga 12 hari yang mempunyai dua helai daun dipindahkan ke sawah.
                    Petani  akan  membuat  penanda  untuk  menanam  anak  benih.  Anak  benih  itu  akan
                    ditanam berbentuk kotak. Petani akan menanam satu sahaja anak benih bagi setiap
                    penanda. Selepas itu, kawasan sawah tersebut dibiarkan selama 45 hari. Air di dalam
                    sawah pula akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga lima sentimeter selama 90 hari.

                                                                                   Sumber: Jabatan Pertanian
                    Encik Anand  :  Ruben, kalau kamu sebagai pesawah, kaedah manakah
                                    yang menjadi pilihan kamu?
                    Ruben         :     .
                    Encik Anand  :  Mengapakah kamu memilih kaedah itu?                Maklumat  !
                    Ruben         :     .                                              SRI ialah sistem
                                                                                       intensifikasi padi.
                           Aktiviti

                              Membuat keputusan dengan memberikan alasan.


                              Murid membaca dan memahami maklumat.
                                                                                                          163
                     2.4.3
                            PK: Nilai Murni – Rasional                         Ilmu – Sains Pertanian
                            Strategi P & P: KB – Membandingbezakan             KP – Verbal-linguistik
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193