Page 190 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 190

Menulis Sajak






                                              T T T T
                                              Tanya pada Pokok k k k


                                     Tanya pada pokok apa sebab muram
                                     Nanti jawab pokok terlebih siram


                                     Tanya pada daun apa sebab layu
                                     Nanti jawab daun patogen ganggu

                                     Pokok nanti kata kadang aku sakit
                                     Sebab daun aku serangga gigit


                                     Lihat pokok itu tiada akar tunjang
                                     Datang angin kencang pokok pun tumbang


                                     Tanya pada akar apa sebab reput
                                     Nanti jawab akar diriku semput


                                     Tanya pada pokok sebab hilang seri
                                     Nanti jawab pokok panas mentari


                                     Pokok nanti kata aku akan lega
                                     Kalau diri aku sering dijaga


                                     Lihat pokok itu ada akar tunjang
                                     Datang angin kencang pokok tak tumbang


                                     (Irama lagu “Tanya Sama Pokok” atau
                                     irama lain yang bersesuaian)

                                                                            Maklumat  !
                                                                            Patogen ialah agen yang
                                                                            menyebabkan penyakit seperti
                                                                            bakteria dan virus.
                           Aktiviti

 Menulis jawapan pemahaman secara kritis dan kreatif.  Melahirkan imaginasi dengan menulis sajak.


                              Murid membaca, memahami seni kata lagu dan menyanyikannya.
                                                                                                          165
                     4.1.1
                            PK: Nilai Murni – Menghargai alam sekitar     Ilmu – Reka Bentuk dan Teknologi
                            Strategi P & P: KB – Menjanakan idea       KP – Muzik
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195