Page 189 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 189
Menulis
Jagailah Diriku
Penggemar bunga akan membuat landskap untuk menanam pokok bunga
di pekarangan rumah. Pokok bunga yang ditanam termasuklah bunga raya,
bunga kertas, keladi dan buluh. Hobi ini sangat baik kerana dapat mengindahkan
kawasan dan menyamankan udara. Untuk memastikan pokok bunga sentiasa
cantik dan udara sentiasa segar, pokok bunga perlu dijaga dengan baiknya.
Kita perlu menjaga pokok bunga dengan penuh kasih sayang. Penjagaan yang
rapi akan menghasilkan bunga atau daun yang sentiasa segar.
Seterusnya, kita perlulah prihatin akan penjagaan pokok-pokok ini. Kekurangan
air merupakan satu daripada punca pokok tidak subur. Pokok bunga memerlukan
air secukupnya sewaktu mula bertunas. Jika kekurangan air, pucuk akan menjadi layu
lalu mati.
Jika kita terlebih siram, akar pokok tersebut akan sentiasa basah kerana
tanahnya sentiasa lembap. Kesannya, akar pokok-pokok itu akan rosak lalu gagal
menyerap air dan nutrien yang diperlukan. Lama-kelamaan, akar pokok bunga
akan reput.
Selain itu, pancaran matahari yang terik juga memberikan kesan kepada
pokok bunga. Daunnya akan berubah menjadi kekuning-kuningan. Jika keadaan
ini dibiarkan berterusan, batang pokok-pokok itu menjadi kering dan akhirnya mati.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan pokok bunga yang sentiasa cantik dan
menyerikan rumah kita bukanlah mudah. Oleh itu, sayangilah pokok-pokok bunga
tersebut seperti kita menyayangi diri sendiri.
1
Sebagai 5 Nyatakan
ketua kelas, kamu telah maksud nutrien dengan
berbincang dengan kawan-kawan merujuk kamus.
untuk mencantikkan kawasan hadapan
kelas. Buat pelan landskap untuk 2
menanam pokok bunga di situ. Senaraikan
punca pokok bunga akan
mati dan berikan ulasan.
4
Berikan
faedah yang diperoleh Nyatakan 3
jika seseorang suka menanam sikap yang perlu ada
pokok bunga selain faedah yang pada penggemar pokok bunga
dinyatakan dalam petikan. agar pokok itu sentiasa
subur.
Aktiviti
Menulis jawapan pemahaman secara kritis dan kreatif.
Murid membaca teks dan memahaminya.
164
3.3.3
PK: Nilai Murni – Menghargai alam sekitar Ilmu – Reka Bentuk dan Teknologi
Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif

