Page 212 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 212

Menulis
                                                     Upin dan Ipin

                   Dari tadi, Izuni dan adiknya duduk tidak berganjak di depan televisyen. Mereka
                   sedang menonton siri animasi popular Upin dan Ipin. Keletah dua orang budak
                   botak yang comel itu amat menghiburkan hati mereka.
                                                                       Encik Khairul
                        Setelah menonton rancangan animasi itu, Encik Khairul
                                           adiknya.
                                Izuni
                                      dan
                                                     Encik
                   memanggil Izuni dan adiknya. Encik Khairul mahu berkongsi
                   memanggil
                                                                          berkongsi
                                                           Khairul
                                                                   mahu
                   cerita dengan mereka.
                                      “Tahukah kamu siapa pengasas siri Upin
                                      dan Ipin yang kamu tonton tadi?”














                        Encik  Khairul  pun  mula  bercerita  dengan  panjang  lebarnya.  Menurut
                   Encik  Khairul,  siri  animasi  Upin  dan  Ipin  diasaskan  oleh  pasangan  suami
                   isteri, iaitu Encik Burhanuddin bin Md Radzi dan Puan Ainon binti Ariff. Mereka
                   merupakan usahawan industri kreatif yang sangat gigih dan berani.
                        Pada tahun 2006, mereka menubuhkan syarikat Les' Copaque Production
                   Sendirian Berhad yang menerbitkan siri animasi Upin dan Ipin. Siri animasi ini
                   penuh dengan pengajaran serta menggambarkan budaya tempatan. Siri Upin
                   dan Ipin telah berjaya menggegarkan industri animasi negara. Siri ini bukan
                   sahaja berjaya di Malaysia, tetapi mendapat sambutan di Indonesia. Melalui
                   Disney Channel Asia, siri ini ditayangkan di 14 buah negara di rantau Asia.
                        Sejak itu, Upin dan Ipin banyak menerima anugerah dalam negara dan
                   antarabangsa. Antaranya termasuklah Watak Animasi Tempatan Popular bagi
                   Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Pada tahun 2013 pula, Upin dan
                   Ipin telah dilantik sebagai duta negara untuk Pertubuhan Tabung Kanak-Kanak
                   Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

                           Aktiviti

                              Menulis teks secara imlak dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.


                              Murid membaca dan memahami teks.
                                                                                                          185
                     3.4.2
                            PK: Nilai Murni – Berdaya usaha            Ilmu – Ekonomi
                            Strategi P & P: KB – Mengecam              Pembelajaran Kontekstual
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217