Page 213 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 213
Mengujarkan Cerita
Warung Bas
Abang Atoi, iaitu Encik Jumat berhasrat untuk membuka perniagaan makanan.
Namun begitu, hasratnya terhalang kerana dia kurang keyakinan diri. Keadaan
ini menyebabkan dia berasa bimbang jika gerai makanannya gagal menarik
perhatian pelanggan.
Ayah Encik Jumat dapat menyelami perasaan anak bujangnya. Sebagai
orang yang telah masak dalam selok-belok perniagaan, beliau memberikan
buah fikirannya.
Warung bas Encik Jumat mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Para pelanggan amat tertarik akan konsep warung yang agak berbeza itu. Encik
Jumat bersyukur kerana jerih perihnya telah membuahkan hasil.
Aktiviti
Mengujarkan cerita untuk menyampaikan idea dengan
menggunakan bahasa yang indah.
Murid meneliti dan menaakul gambar.
186
4.2.2
PK: Nilai Murni – Kegigihan Ilmu – Ekonomi
Strategi P & P: KB – Menaakul KP – Interpersonal

