Page 57 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 57

Membaca

                                                 Program Sekolah Angkat


                  Program sekolah angkat merupakan antara perkongsian pintar yang sudah pun
                  dilaksanakan di sesetengah sekolah. Menerusi perkongsian ini, agensi kerajaan
                  atau syarikat swasta dapat membantu pihak sekolah melaksanakan program
                  pendidikan dan pembangunan modal insan.
                       Petroliam Nasional Berhad, atau Petronas misalnya, telah lama melaksanakan
                  program sekolah angkat. Antara sekolah yang terpilih menjadi sekolah angkat
                  Petronas termasuklah Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin (SKFN), Bota, Perak.
                       Di  sekolah  angkat  Petronas,  program  pendidikan  yang  dikenali  sebagai
                  Program Bakti Pendidikan Petronas (PBPP) dijalankan. Dalam program ini, tiga
                  aspek diberikan perhatian, iaitu hal yang berkaitan dengan akademik, bukan
                  akademik serta sokongan kepada ibu bapa. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat
                  dijalankan untuk murid dan ibu bapa. Antaranya, termasuklah kelas tuisyen,
                  kem motivasi, program kecemerlangan akademik dan Program Jaya Waris.
                       Sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2002, beribu-ribu orang
                  murid  daripada  sekolah  angkat  Petronas  di  seluruh  negara  telah  mendapat
                  pelbagai manfaat. Hal ini membuktikan bahawa program ini amat berkesan.
                  Program ini berjaya memberikan impak yang positif kepada murid, sekali gus
                  meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran.





                                                                             Bantuan yang
                                                                                diberikan




                                                                                    Program       Tujuan
                                                                                    Sekolah
                                                                       Pihak
                                                                        yang         Angkat
                                                                       terlibat

                                                                                       Aktiviti yang
                                                                                        diadakan


                               Aktiviti
                                  Memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.



                                  Murid membaca dan menaakul maklumat.
                 48
                         2.5.3
                                PK: Nilai Murni – Kesyukuran                Ilmu – Kemasyarakatan
                                Strategi P & P: KB – Menaakul               BCB – Bacaan intensif
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62