Page 58 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 58

Menulis

                                               Kejayaan Milik Kita



















                    Kelab Seni Budaya Sekolah Kebangsaan Taman Kencana telah mengharumkan
                    nama  negara  apabila  dipilih  sebagai  pemenang  bagi  kategori
                    persembahan  terbaik  Festival  Kesenian  Murid  Antarabangsa  di  Osaka,   Kumpulan
                    Jepun.                                                                  kami berjaya
                      Persembahan  tarian  tradisional  pelbagai  kaum  dan  dendangan  syair   kerana   .
                    daripada kumpulan tersebut telah berjaya menambat hati para juri.
                      Kumpulan  ini  telah  ditaja  oleh  Syarikat  Citra  Budaya  serta  mendapat
                    kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Mereka
                    membawa  pulang  hadiah  wang  tunai  berserta  trofi  kejuaraan.  Mereka
                    dijangka pulang ke tanah air esok.


                             Malaysia Gemilang
                    Dengarlah ini satu cerita,
                    Cerita tentang negaraku tercinta,
                    Malaysia oh Malaysia namamu tercipta,
                    Kebanggaan kami rakyat jelata.

                    Masyarakat harmoni hidup bersatu,
                    Saling menolong saling membantu,
                    Bekerjasama sudahlah tentu,
                    Perkongsian pintar tingkatkan mutu.

                    Walau berbeza agama dan bangsa,
                    Kemesraan terjalin sepanjang masa,
                    Hormat-menghormati berbudi bahasa,
                    Negaraku makmur aman sentosa.


                          Aktiviti
                             Menulis ulasan berdasarkan bahan sastera dan bukan sastera
                             dengan menggunakan ayat yang gramatis.
                             dengan menggunakan ayat yang gramatis.
                              Murid membaca dan memahami maklumat.
                                                                                                          49
                     3.9.1
                            PK: Nilai Murni – Kegigihan                Ilmu – Seni Budaya
                            Strategi P & P: KB – Mengitlak             Pembelajaran Konstruktivisme
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63