Page 10 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 5
P. 10
Soalan 9
• Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan dalam organisasi.
o Mengikut keperluan setiap unit, bahagian atau jabatan organisasi.
• Membolehkan penyelarasan antara fungsi.
o Bagi menentukan aktiviti yang diadakan selaras dengan matlamat organisasi.
• Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada seeorang pekerja.
o Untuk melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan kompetensi, pengetahuan dan kepakaran.
• Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi.
o Bagi membolehkan bahagian atau jabatan diwujudkan untuk mengendalikan bidang tugas
tertentu.
Soalan 10
• Struktur organisasi berdasarkan produk
o Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk.
o Diwujudkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaras operasi atau perkhidmatan yang
berkaitan.
o Individu bekerja mengikut pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam
penghasilan produk tertentu.

