Page 7 - MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 5
P. 7
TINGKATAN 5
TAJUK 1 : SUMBER PERNIAGAAN
BAB 1: PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Terangkan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan.
(2 markah)
2. Berikan lima aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
(5 markah)
3. Nyatakan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada perniagaan.
(4 markah)
4. Senaraikan lima jenis kesalahan yang biasa dilakukan oleh pekerja dalam sesebuah perniagaan.
(5 markah)
5. Jelaskan lima faktor penentu dalam sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah perniagaan.
(10 markah)
6. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Nyatakan lima peranan
pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
(5 markah)
7. Kemahiran kebolehkerjaan perlu dititikberatkan oleh Pengurus Sumber. Nyatakan empat kemahiran tersebut.
(4 markah)
8. Nyatakan lima jenis faedah yang diterima oleh pekerja dalam sistem penggajian.
(5 markah)
9. Struktur organisasi penting kepada sesebuah perniagaan. Terangkan kepentingannya kepada perniagaan
(8 markah)
10.
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus Pengurus
(Kasut futsal) (Kasut bola sepak) (Kasut joging)
Carta organisasi di atas menunjukkan satu struktur organisasi bagi sebuah syarikat pengeluar kasut di Sabah.
Nyatakan dan jelaskan jenis struktur organisasi bagi syarikat tersebut.
(4 markah)

