Page 18 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 18
Teknologi dalam
17 Kehidupan
Tema: Sains,Teknologi dan Inovasi
Komputer merupakan salah satu ciptaan sains dan teknologi yang mampu membantu
memudahkan kerja manusia.
Berdasarkan petikan di bawah, tulis ulasan tentang kepentingan komputer dalam kehidupan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
kita dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Aku Sebuah Komputer Riba
Aku sebuah komputer riba. Aku berasa bangga kerana bentukku lebih cantik
berbanding dengan rakan-rakanku. Badanku berwarna merah.
Pada suatu hari, seorang lelaki datang ke kedai lalu membelek-belek diriku. Aku
menjadi pilihan lelaki tersebut. Aku dibayar dengan harga RM2500. Aku berasa bangga
kerana lelaki tampan itu menjadi tuanku. Rupa-rupanya, aku dihadiahkan kepada anak
lelakinya. Jadi, aku mendapat tuan yang baharu.
Aku digunakan dengan sebaik mungkin. Tuanku menggunakanku untuk melayari
Internet dan menyiapkan tugasan. Selain itu, aku digunakan oleh tuanku untuk mengulang
kaji kerana di dalam badanku terdapat pelbagai animasi yang menarik. Bukan itu sahaja,
aku mampu menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan selamat. Malah, aku turut
membantu tuanku berhubung dengan rakan-rakannya yang jauh melalui penghantaran
e-mel. Tuanku pandai menjaga diriku. Aku selalu dibersihkan kerana tuanku amat
mementingkan kebersihan.
Setelah beberapa tahun menggunakan diriku, badan
dan otakku sudah tidak berfungsi dengan baik. Tuanku
bercadang untuk membeli sebuah komputer yang lebih
canggih. Aku berasa amat sedih namun aku gembira
kerana selama beberapa tahun, aku telah memberikan
khidmat bakti kepada tuanku. Aku telah disimpan
di dalam kotak bertutup. Maka, tamatlah khidmat
baktiku untuk tuanku.
49

