Page 20 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 20
Bahagian C
Menulis Karangan
1. Soalan Bahagian C ialah soalan Menulis Karangan. Bahagian ini mengandungi
dua soalan, tetapi murid dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.
2. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Panduan Menjawab
1. Baca soalan dengan teliti dan fahami tajuk-tajuk yang diberikan.
2. Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu
tajuk dengan tepat dan padat. Gariskan kata kunci yang terdapat dalam soalan.
3. Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan.
4. Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang.
5. Jika menjawab soalan karangan berformat, pastikan format untuk soalan tersebut
betul. Kesalahan format boleh menjejaskan markah karangan murid.
Jenis-jenis Karangan
Jenis Karangan
Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat
✎ Surat rasmi ✎ Naratif
✎ Surat tidak rasmi ✎ Menyambungkan dan
✎ Dialog menyudahkan cerita
✎ Laporan ✎ Fakta
✎ Ucapan ✎ Gambaran/ keperihalan
✎ Syarahan ✎ Peribahasa
✎ Berita ✎ Rencana
✎ Catatan ✎ Penerangan
✎ Perbahasan ✎ Perbincangan
Kriteria Karangan yang Baik
1. Karangan yang baik, bernas dan gramatis mampu menarik perhatian pemeriksa untuk
membaca karangan yang ditulis sehingga ke penamatnya.
2. Kriteria karangan yang baik haruslah mempunyai perkara yang berikut.
(a) Pendahuluan atau pengenalan yang berkaitan dengan tajuk.
(b) Isi-isi atau idea-idea yang disertai dengan huraian atau contoh, penggunaan
penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.
(c) Penutup karangan mestilah merumus atau menyimpulkan tentang tajuk karangan
dengan mengemukakan pendapat sendiri.
3. Ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat
haruslah disemak sebelum karangan dihantar.
60

