Page 22 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 22

3                       Masyarakat Berilmu




                                                                                         Tema: Kemasyarakatan

              Dua rangkap di bawah merupakan sebahagian daripada lirik lagu “Membaca Gaya
              Berwawasan”. Lirik tersebut menggambarkan tentang kepentingan membaca. Berdasarkan
              lirik tersebut, tulis karangan tentang faedah membaca. Panjangnya karangan kamu
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
              hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

                                              Awal suruhan ialah membaca
                                              Menuntut ilmu disuruh budaya
                                              Inilah teladan sepanjang masa
                                              Gayakan hidup dengan membaca.

                                              Apalah nama andai tanpa ilmu
                                              Apalah mahkota permatanya palsu
                                              Tanpa membaca cacatlah minda
                                              Tanpa ilmu ke manalah kita.



              Rangka Karangan

              Pendahuluan:
              membaca tabiat yang sangat berfaedah – mendapat banyak kelebihan dan manfaat

              Isi:
              1.  dapat menambahkan pengetahuan – banyak bahan bacaan yang boleh kita baca –
                   buku ilmiah, buku cerita, novel, majalah dan akhbar – tidak menjadi seperti katak di
                   bawah tempurung
              2.  menjadikan kita orang yang berilmu – menguasai sesuatu bidang yang kita minati
              3.  mengisi masa terluang – tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
              4.  meningkatkan perbendaharaan kata – mengetahui pelbagai perkataan baharu –
                   berguna sewaktu menulis karangan – mampu berkomunikasi dengan baik

              Penutup:
              tabiat membaca sememangnya berfaedah kepada kita – perlu memupuk minat suka
              membaca sejak kecil lagi


                Kosa kata
                    tabiat     perbuatan yang selalu dilakukan
                berkomunikasi  berhubung (secara langsung atau dengan perantaraan surat, telefon dan lain-lain), bercakap












                                                                                                           63
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27