Page 20 - Pengurusan
P. 20
(bagi perempuan), jika tiada peraturan pakaian khas ditetapkan.
8. Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi (seperti yang dipetik dari para 3, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam)
8.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki
Seseorang Pegawai Awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai
uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-
upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat
edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,JPA,SULIT. 2578/Pt.1/35
bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran ‘A’mengenai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai
Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas ,seperti dipinda oleh
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa
menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian
seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai tidak mempunyai uniform,
maka ‘lounge suit’ bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.
8.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (lelaki)
Untuk upacara- upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upacara- upacara
pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak
ada perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang
ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara- upacara peringkat
antarabangsa, maka pakaian ‘lounge suit’ hendaklah dipakai.
9. Dengan surat pekeliling ini, para 3, Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pendidikan,Bil.
11/68, bertarikh 25hb. September, 1968; Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan, Bil. 13/69,
bertarikh 26hb.Disember,1969, para 4.3 dan 4.4, dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979,
bertarikh 2hb Mei , 1979; dan surat siaran KP(BS) 8591/Jilid II/(14), bertarikh 2hb. Julai
1983,adalah dimansuhkan.
10. Adalah diharapkan tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai
dan kakitangan perkhidmatan pendidikandi semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat
Pendidika Daerah atau Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Kementerian
Pendidikan.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
……………………………………………………..
(DATO’ ABDUL RAHMAN HAJI ARSHAD)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
s.k 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato’ Dr. Ling Liong sik
Timbalan Menteri Pelajaran
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Encik Bujang haji Ulis
Timbalan Menteri Pelajaran
4. Ketua Setiausaha,Kementerian Pelajaran
5. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran
6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II
8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran
9. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran
10. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran
20

