Page 15 - Pengurusan
P. 15

7.5 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, Buku Rekod Mengajar perlu diserahkan kepada
          Penolong Kanan Pentadbiran.

8. MESYUARAT / TAKLIMAT /PERJUMPAAN GURU
     8.1 Semua guru diwajibkan mengahadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Pengetua /
          Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan.
     8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan
          hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat
          dengan menyerahkan Surat Makluman sebab ketidakhadiran.
     8.3 Guru-guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Guru Kanan Bidang /
          Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua-ketua Penasihat Persatuan /Kelab /Unit dan
          mana-mana jawatan yang seumpamanya.
     8.4 Semua ketidakhadiran guru perlu disusuli dengan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran
          kepada Pengetua.

9. JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI
     9.1 Guru kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di
            dalam kelas sendiri.
     9.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.
     9.3 Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut
            jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali
            dipanggil oleh Pengetua /Penolong Kanan atas tugas rasmi.
     9.4 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu
            Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas
            sewaktu Jadual Waktu Ganti.
     9.5 Semua guru hendaklah menulis masa jadual waktu ganti dalam Buku Rekod Mengajar.
     9.6 Guru-guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat / kursus dan
            sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan kepada Penolong Kanan
            Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti.

10. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
     10.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, contohnya mewakili sekolah
            membawa murid/ menghadiri mesyuarat /mengarahkan murid melakukan sesuatu
            tugas, maka tugas itu hendaklah dilakukan oleh guru berkenaan dan staf yang
            ditugaskan tidak dibenarkan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua.
     10.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui
            oleh staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua
            terlebih dahulu.
     10.3 Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada
            murid, contohnya memegang / menyimpan kunci bilik-bilik khas di sekolah menanda Buku
     Jadual Kedatangan dan seumpamanya.

11. PENGGUNAAN ALAT/ PERALATAN MILIK SEKOLAH
     11.1 Guru-guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / peralatan milik sekolah yang
                digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
     11.2 Barang-barang / peralatan yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah
                menggunakannya. Barang-barang / peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik
                ke rumah tanpa kebenaran pentadbir sekolah.
     11.3 Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera.

12. KESELAMATAN MURID
     12.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal, bilik-bilik khas ,surau,
                bengkel-bengkel,padang dan lain-lain tempat adalah bertanggungjawab terhadap
                keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati-hati dan
                mengawal rapi gerak-geri murid supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau
                kemalangan.
     12.2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak boleh dijalankan di
                padang semasa hujan, waktu guruh dan kilat.
     12.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
                hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas dan
                Pengetua/Penolong Kanan.

                                                    15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20