Page 17 - Pengurusan
P. 17
19.3.3 Guru Penasihat membuatkan jadual, edarkan kepada Pengetua / PKP / PKH / PKK
dan Pengawal Keselamatan Sekolah
19.3.4 Murid tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti
19.3.5 Bagi aktiviti sepanjang tahun yang melibatkan jurulatih luar, guru Penasihat perlu
mendapatkan butiran tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum (untuk
difailkan) oleh Pengawal Keselamatan untuk tujuan kebenaran masuk ke kawasan
sekolah.
20. PERHIMPUNAN SEKOLAH
20.1 Perhimpunan Harian –Setiap hari Isnin , Selasa , Rabu dan Khamis
20.1.1 Perhimpunan bermula pada puluk 7.15 pagi dengan bacaan Yasin / Mathurat
20.1.2 Kedatangan murid diambil bermula pada pukul 7.30 pagi
20.1.3 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga tamat waktu
perhimpunan (melainkan hari hujan). Semua murid dikehendaki berkumpul di
Dataran atau di tempat yang ditetapkan di SMK Teluk Bayu.
20.1.4 Wajib dihadiri oleh semua guru dan murid dan dikendailkan oleh Guru Bertugas.
20.1.5 Guru masa pertama mengiringi murid ke kelas.
20.2 Perhimpunan Mingguan –setiap hari Ahad.
20.2.1 Bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.20 pagi.
20.2.2 Wajib dihadiri oleh semua guru dan semua murid SMK Teluk Bayu dan
dikendalikan
20.2.3 Semua guru diminta berada di atas pentas kecuali guru disiplin
20.2.4 Semua guru diminta menandatangani kehadiran perhimpunan.
20.2.5 Perhimpunan Mingguan akan diselang-seli dengan Program Mentor Mentee.
Perhimpunan Kokurikulum dan Program Nilam berdasarkan jadual yang ditetapkan.
20.3 Perhimpunan Harian dan mingguan DIBATALKAN jika :
20.3.1 Diarahkan oleh Pengetua atas sebab-sebab tertentu
20.3.2 Sekiranya Perhimpunan Mingguan dibatalkan, Guru Kelas hendaklah masuk ke
kelas masing-masing (7.40 pagi hingga 8.20 pagi) untuk pengurusan atau “ house
keeping” kelas.
20.4 Perhimpunan Kokurikulum
20.4.1 Perhimpunan bermula 7.30 pagi hingga 8.20 pagi
20.4.2 Murid akan pulang pada pukul 2.10 petang
20.4.3 Perhimpunan diadakan pada hari Ahad, minggu ketiga, setiap bulan
20.4.4 Aktiviti kokurikulum bermula pada 1.30-2.30 petang (RABU)
21. SURAT KEBENARAN WARIS
21.1 Semua aktiviti sekolah yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah atau di luar waktu
persekolahan (malam):
21.1.1 Guru-guru Penasihat / bertanggungjawab terlebih dahulu wajib mengeluarkan Surat
Kebenaran Waris untuk ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan setelah
menulis nama murid pada surat tersebut (ditandatangan secara hidup atau dicop
sekolah (bulat) pada di bahagian bawah sebelah kanan surat) . Ini adalah untuk
mengelakkan sebarang unsur penyelewengan penggunaan surat kebenaran waris
oleh murid lain.
21.1.2 Guru-guru Penasihat /Pengiring adalah bertanggungjawab terhadap segala hal
pengurusan dan kebajikan murid berkenaan mengikut surat pekeliling yang
berkaitan.
22. INTIPATI ETIKA
22.1 Tarikh kuatkuasa etika ini mulai 1 Januari 2019.
22.2 Segala maklumat dalam Etika Profesionalisme Perkhidmatan SMK Teluk Bayu ini
tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
22.3 Etika ini juga tertakluk pada arahan pengetua dari semasa ke semasa.
17

