Page 16 - Pengurusan
P. 16
12.4 Guru Kanan Mata Pelajaran adalah bertanggungjawab menyediakan prosedur
langkah-langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing-masing.
12.5 Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Pengetua /
Penolong Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur-unsur bahaya.
13. MAJLIS GURU /KAKITANGAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN
13.1 Semua guru yang mengajar dan staf yang berkhidmat di sekolah ini secara automatik
adalah ahli staf.
13.2 Membayar yuran sumbangan seperti yang ditetapkan.
13.3 Melibatkan diri dalam aktiviti kelab agar kemesraan dan kerjasama akan lebih terjalin.
14. ORANG LUAR BERJUMPA GURU / MURID
14.1 Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanp
kebenaran Pengetua / Penolong kanan.
14.2 Orang luar (dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah ) dilarang berjumpa guru
atau murid di bilik darjah semasa guru mengajar
15. MENULIS SURAT RASMI
15.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui
Pengetua supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan.
15.2 “Letterhead” sekolah hanya boleh digunakan kebenaran Pengetua dan surat
“Letterhead” sekolah wajib ditanda tangan oleh Pengetua.
16. KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH
16.1 Guru tidak dibenarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah
untuk urusan peribadi pada waktu sekolah.
16.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa membuat
kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk
kunjungan rasmi.
17. BILIK GURU
17.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru.Ini termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru.
17.2 Kelab staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk
Jawatankuasa Bilik Guru.
18. BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH
18.1 Guru Kanan / Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan
Buku Stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke
semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan.
18.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru hendaklah menyimpan kunci
bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua.
19. AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUM
Kawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari-hari bukan persekolahan. Mana-mana
aktiviti tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali :
19.1 Aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang rutin, contohnya aktiviti sepanjang tahun
seperti :
19.1.1 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri
19.1.2 Aktiviti Bermusim seperti Permainan / Olahraga
19.1.3 Sebarang program peningkatan prestasi akademik
19.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan
19.3 Syarat :
19.3.1 Disertai oleh Guru Penasihat
19.3.2 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat
16

