Page 164 - mewarna pelangi
P. 164

perubahan  yang  melanda  diri  mereka  berdua.  Rambut  ayahnya  sudah

                   tentu  banyak  dipenuhi  dengan  uban  yang  memutih  dan  berbadan


                   bongkok. Entahlah! Dia sendiri tak pasti.




                          Dan yang pasti, dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.




                          Lantas  dia  mengambil  keputusan  yang  nekad.  Walau  apa  pun


                   yang  terjadi  dia  akan  tetap  pulang  juga.  Menyembah  dan  mencium

                   tangan kedua-dua ayah dan ibunya yang telah melahirkannya ke dunia


                   untuk meminta ampun.




                          Sudah  pasti  ayahnya  akan  melemparkan  pelbagai  tohmahan  ke

                   atas  dirinya  namun  Zarah  tetap  akan  menabahkan  hati  untuk


                   menerimanya.  Sedangkan  kerak  nasi  boleh  lembut  oleh  air.  Ayah  dan

                   ibu  mana  yang  tak  sayangkan  anak?  Sedangkan  binatang  amat


                   menyayangi  anaknya.  Inikan  pula  manusia.  Zarah  akan  berusaha

                   memujuk  Pak  Leman  dan  Mak  Ton  agar  tinggal  di  bandar.  Sebagai


                   membalas  segala  jasa  dan  pengorbanan  mereka  dalam  membentuk

                   dirinya menjadi manusia yang berguna.





                          Dia mengukir senyuman yang penuh berbunga di hatinya.









                                                             164
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169