Page 183 - mewarna pelangi
P. 183

“Ada perkara mustahak ke Encik Johari nak bincangkan dengan

                   saya?”  tanya  Encik  Tan  sebaik-baik  sahaja  melabuhkan  punggung  di


                   atas kerusi. Dia kelihatan segak memakai baju kemeja berwarna putih


                   serta bertali leher warna biru tua.




                          “Ya! Tentang projek kondominium di Taman Melati.”




                          “Dah  hampir  sepuluh  bulan  projek  tu  tergendala,”  jawab  Encik

                   Tan ikhlas.




                          “Selain  daripada  masalah  kekurangan  bekalan  simen,  apalagi


                   masalah yang timbul?” dia pantas memotong.




                          “Gaji pekerja tidak dibayar.”




                          “Sampai begitu sekali? Itu zalim namanya. Salah di sisi undang-

                   undang.”  Dia  terkejut  apabila  mendengar  cerita  daripada  mulut  Encik


                   Tan.




                          “Hanya  Datuk  Nasir  saja  yang  boleh  menjawabnya,”  kata  Encik


                   Tan pula.










                                                             183
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188