Page 179 - mewarna pelangi
P. 179

“Akhir tahun ini,” Shanty menjawab ringkas. Johari menarik nafas

                   panjang. Dan bersuara:


                          “Tak  apalah,  Shanty.  Saya  akan  cuba  settlekan  projek  ni.  Awak


                   boleh pergi sekarang.”




                          “Baiklah, Encik Johari.”




                          Johari  mengeluh.  Hidup  ini  umpama  air  laut.  Sekejap  pasang

                   sekejap surut. Hidup manusia penuh dengan ujian Tuhan. Siapa yang


                   tak kenal dengan arwah Datuk Karim. Seorang usahawan Melayu yang

                   terkenal.  Syarikat  Permata  Holdings  juga  mempunyai  rangkaian


                   perdagangan  di  Amerika  Syarikat,  England,  Jepun,  Taiwan  dan  Korea

                   Selatan.  Datuk  Nasir  ialah  rakan  kongsi  arwah  Datuk  Karim  dalam


                   Syarikat  Permata  Holdings.  Dia  telah  menggelapkan  wang  syarikat

                   sebanyak RM 1.8 juta.




                          Datuk  Nasir  juga  telah  menjual  semua  saham-saham  Syarikat


                   Permata  Holdings  untuk  melangsaikan  semua  hutang-hutangnya

                   dengan pihak bank. Hal ini tidak diketahui oleh arwah Datuk Karim.





                          Syarikat  Permata  Holdings  menjadi  tenat.  Arwah  Datuk  Karim

                   terus jatuh sakit.







                                                             179
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184