Page 180 - mewarna pelangi
P. 180

“Saya tak sangka, mak. Datuk Nasir sanggup menggelapkan wang

                   syarikat,” Johari bersuara kesal bercampur geram.





                          “Sudahlah  tu,  Johari.  Kita  bersabar  sajalah,”  Datin  Rokiah

                   menenangkan anaknya.




                          “Saya  sedih,  mak.  Dulu  sewaktu  syarikatnya  hampir-hampir


                   bankrap  arwah  ayah  yang  tolong  selamatkan.  Sampai  masanya  dia

                   tergamak menganiaya arwah ayah,” luah Johari lagi dalam nada suara


                   yang penuh kecewa.




                          “Ini  semua  sudah  takdir.  Kita  harus  redha,  Johari,”  sambung

                   ibunya lagi.





                          “Memang kita tidak boleh menolak takdir, mak. Tapi bangsa kita


                   tak  akan  maju  selagi  tak  dikikis  perasaan  tamak  dan  irihati,”  tingkah

                   Johari pula.




                          Datin Rokiah diam. Kata-kata anaknya itu memang benar.




                          “Arwah  ayah  kau  mahu  Syarikat  Permata  Holdingsterus  hidup.


                   Walaupun dia sudah tiada lagi.”





                                                             180
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185