Page 231 - mewarna pelangi
P. 231

“Ya, silakan!”




                          “Terima  kasih,”  balasnya  sambil  tangannya  mengutip  semula


                   cawan dan pinggan yang telah kosong. Kemudian dia cepat berlalu pergi

                   dari situ.




                          “Kenapa  pergolakan  berlaku  di  Somalia?”  Saripah  memecahkan


                   ruang kesenyapan yang melanda buat seketika.




                          Aku lantas membalas renungannya yang tajam itu dan berkata:

                          “Semata-mata  kerana  ingin  merebut  kuasa,”  jawabku  ringkas


                   tetapi  padat.  Wajah  Saripah  yang  ceria  sebaliknya  menjadi  kerut.

                   Mungkin kerana memikirkan masalah itu.




                          “Hingga sanggup berbunuhan sesama sendiri!”




                          Dia  amat  peka  dengan  isu  semasa.  Sungguh  hebat  wanita  ini.


                   Bisik hati kecilku.




                          Aku terus menggagahinya jua.




                          “Itu  sajalah  jalan  yang  singkat  untuk  memenuhi  cita-cita

                   tersebut.”





                                                             231
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236