Page 235 - mewarna pelangi
P. 235

“Benar!  Kebanyakan  mereka  hanya  menganut  Islam  tradisi  saja.

                   Tak pernah sembahyang, berpuasa malah mengeluarkan zakat.”





                          “Mengapa ini semua boleh timbul?”




                          “Kerana bagi mereka agama bukanlah satu panduan hidup.”




                          Saripah mengangguk diam. Mengakui kebenaran kata-kata itu.




                          Kita sebagai manusia adalah lemah. Hanya mampu berserah pada

                   Tuhan.  Sentiasa  berdoa  untuk  memohon  pertolongan.  Bertawakal


                   mengajar kita supaya lebih berusaha. Dan harus menginsafi diri bahawa

                   kerdil di sisinya.




                          “Dunia ini tak ubah seperti sebuah panggung sandiwara. Di mana


                   kita adalah pelakonnya. Dengan pelbagai watak,” terangku lagi.




                          Kemudian  aku  lantas  menengadah  ke  siling.  Saripah  hanya

                   memerhatikan sahaja gelagatku itu dengan penuh minat. Setelah puas,


                   aku  perlahan-lahan  kembali  semula  memalingkan  muka  ke  arahnya.


                   Dan bersuara:











                                                             235
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240