Page 233 - mewarna pelangi
P. 233
Saripah mengangkat mukanya sedikit. Aku sempat mencuri
pandang pada meja yang telah kosong. Kemudian aku lalu berkata:
“Aneh!” Aku mengerutkan muka. Memikirkan masalah yang amat
berat umpama memikul seketul batu yang besar.
“Hidup manusia memang aneh sekali!” sambungku lagi.
“Dari segi apa?” Saripah memandang wajahku dengan penuh
tepat. Kedua-dua biji matanya tidak berkelip-kelip walau sekejap pun.
“Manusia tak pernah puas,” ulangku. Persoalan itu amat dalam
seperti lautan.
“Hidup manusia tak ubah bak lautan. Di mana pasang surut silih
berganti,” balasku. Saripah sebaliknya kuperhatikan hanya diam sahaja.
Entahlah aku sendiri tak pasti. Mengapa dia enggan menyampuk?
Mungkin dia sengaja memberi peluang kepada aku untuk meluahkan
pendapat. Aku terus berfikir dulu sebelum menggulung bahas. Eh,
macam pertandingan pidato pula. Dan aku enggan membiarkan
kebisuan terus berlarutan.
233

