Page 236 - mewarna pelangi
P. 236

“Penyair  pernah  berkata  bahawa  pabila  fajar  menyingsing  maka

                   bermulalah sebuah penghidupan baru.” Aku mengutip semula kata-kata


                   itu.




                          Terhenti  seketika.  Aku  tak  sempat  menghabiskan  kata-kata.


                   Saripah begitu pantas sekali memotong:

                          “Dan  yang  nyata  hidup  ini  diwarnai  dengan  penuh  suka  dan


                   duka,” katanya sambil mengangkat kepala tinggi.




                          “Ia  menjadi  pengalaman  dalam  mendewasakan  kita!”  aku

                   membalas sambil menganggukkan kepala.




                          “Tapi  adakalanya  hidup  ini  tak  ubah  seperti  dahan  yang  rapuh.


                   Mudah  jatuh  bila  ditiup  angin.”  Saripah  nampaknya  ingin  mencari

                   kepastian.  Dia  tidak  jemu  mendugaku.  Konsep  kehidupan  terlalu  luas


                   maknanya.  Dunia  ini  adalah  suatu  perjuangan  untuk  sampai  ke

                   perhentian bersama bekalan yang cukup.




                          “Kita harus kuat dan tabah menghadapinya. Dan anggaplah setiap


                   kegagalan itu sebagai satu anugerah.”




                          “Maksud  Azman  daripadanya  kita  harus  membina  semula

                   kekuatan?”





                                                             236
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240