Page 240 - mewarna pelangi
P. 240
Tekaku dalam diam. Lelaki zahirnya selalu mengibaratkan wanita
seperti kelopak-kelopak bunga yang kekeringan layu.
Cinta selalunya lahir daripada pandang pertama. Dari mata lalu
perlahan-lahan turun ke hati. Indahnya! Tak tergambar oleh lukisan
ataupun kata-kata. Sehari tak bertemu jiwa terasa karam. Terasa tak
berdaya untuk meneruskan hidup ini. Pertemuan dapat meleraikan
rindu yang membara. Menganyam bicara buat penghibur hati yang lara.
Tika itu tiada dikenali erti kamus duka dalam hidup ini.
Dunia berseri dipenuhi dengan warna-warna. Bara yang
digenggam tak terasa hangat sebaliknya dingin. Cinta memang menagih
seribu pengorbanan. Rela sehidup semati. Sehati dan sejiwa walau ke
mana sahaja. Lautan api pun sanggup direnangi. Andainya karam basah
berdua. Kalau boleh bintang di langit tinggi pun ingin dipetik. Begitulah
tafsirannya cinta yang suci.
Sementara itu bola matahari semakin meninggi.
240

