Page 238 - mewarna pelangi
P. 238
Jelas, dia pernah mengalami peristiwa yang amat menyakitkan
dalam hidupnya. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala. Lemah dan
tak bermaya. Kemudian dia lalu melontarkan pandangan jauh ke luar.
Sebaliknya aku memerhatikan sahaja reaksinya itu dengan penuh
tajam.
Agak lama juga dia merenung wajahku. Bola mata kami saling
berlaga.
Saripah kembali semula menyimpulkan persoalan yang terhenti
buat seketika.
“Pernah ...,” dia bersuara lemah. Sangkaanku memang tepat
sekali. Dan aku lebih senang untuk memilih berdiam diri untuk
mendengar penjelasan yang lebih lanjut lagi daripadanya.
“Kerana dia tak setia ....” Ternyata Saripah sudah lama
menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah hatinya sudah
tertutup rapat untuk bercinta lagi? Sudah! Sampai ke situ pulak.
Aku cuba menenangkan perasaan Saripah yang bergelora. Agar
melupakan kisah silam yang amat pahit bak hempedu.
238

