Page 30 - mewarna pelangi
P. 30
“Jadi, saudara Azman tidak mahu menghasilkan novel kerana ia
adalah satu kerja yang rumit. Bukan begitu?” sanggah Khairul tiba-tiba
seperti mahu mengujiku.
“Penulis seperti laut biru juga. Adakalanya ilham pasang dan
adakalanya surut. Insya-Allah, kalau diizinkan Tuhan saya akan
menghasilkan novel remaja.”
“Adakah tema cinta yang menjadi pilihan?” Adi menyoal pantas.
“Benar. Cinta pada agama, bangsa dan negara.”
“Nampaknya saudara Azman mempunyai semangat patriotik yang
tinggi,” kata Khairul sambil menjeling ke arah Adi.
“Siapa lagi yang harus mempertahankan tanah air ini kalau
bukan kita sebagai anak watan. Perjuangan yang ditinggalkan oleh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain mesti diteruskan.”
“Kita dah pun dengar dunia penulisan saudara Azman. Bagaimana
pulak dengan saudara Khairul?” Kedua-dua biji mata Adi tepat
memandang wajah Khairul.
30

