Page 32 - mewarna pelangi
P. 32

BAB 3




                   Sang  suria  kelihatan  memancar  terang  pagi  itu.  Bola  matahari  kian

                   meninggi di kaki langit yang membiru. Jalur-jalur cahayanya kelihatan


                   lurus  menyinari  seluruh  alam  semesta.  Langit  terang  dan  bersih.

                   Bersama gumpalan awan yang memutih. Aku lalu menghampiri jendela


                   dan  mengalihkan  pandangan  ke  arah  luar.  Bangunan-bangunan  tinggi

                   hampir mencakar langit. Ia menjadi lambang pembangunan di negara ini


                   setelah     mencapai      kemerdekaan.        Pohon-pohon        yang     menghijau

                   bergoyangan ditiup angin timur. Daun-daun berguguran di atas tanah.




                          Sepi ... sendirian tanpa teman untuk berbicara. Macam berada di


                   ruang  yang  terkunci.  Terkongkong.  Tidak  dapat  bergerak  bebas.  Aku

                   berdiri di sisi jendela sambil memeluk erat tubuh.




                          Aku  menoleh  ke  kiri  kanan.  Dua  buah  blok  bangunan  asrama


                   yang  tersergam  indah.  Sememangnya  hari  ini  aku  bebas  daripada


                   menghadiri  sebarang  kuliah.  Berbanding  dengan  Shamsul  rakan

                   sebilikku. Awal-awal lagi dia sudah keluar. Kadangkala terlajak sampai

                   ke petang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.





                                                             32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37