Page 43 - mewarna pelangi
P. 43

BAB 4




                   Hari  ini  seperti  biasa  lepas  kuliah  aku  terus  balik  ke  asrama.  Di  kaki


                   langit  cuaca  cerah  sahaja.  Tompok  awan  putih  menjadi  latar  belakang

                   langit  nan  biru.  Kudongakkan  kepala  ke  atas.  Bola  matahari  kiang


                   meninggi.  Bahangnya  terasa  menggigit  kulit.  Kulewati  jam  di  tangan

                   tepat pukul 11:00 pagi.




                          Aku terus berjalan menuju ke asrama. Sampai sahaja di asrama,


                   aku terus memeriksa peti surat. Ada. Dari jauh. Aerogram berwarna biru

                   muda  dari  California.  Gembiranya  hatiku  bukan  kepalang.  Dari


                   Hazalina, sudah pasti! Bisik hati kecilku. Kuamati dalam-dalam isinya.

                   Dalam diam aku meneroka seribu pengertian. Hazalina, meskikah aku


                   dapat  melupakan  dirimu.  Badan  yang  tadinya  hangat  membara  kini


                   terasa dingin bak air terjun di pinggir kali.










                                                             43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48