Page 44 - mewarna pelangi
P. 44
Pelayan lalu menghampiri kami. Hazalina meminta minuman
kegemarannya iaitu Coke. Aku pula teh ‘o’ ais limau. Hari itu Hazalina
bertambah ayu. Baju kurung yang berwarna merah jambu bersulamkan
manik-manik bunga yang berkilauan bila disinari cahaya menampakkan
lagi kejelitaannya. Kau memang cantik. Ayu.
“Apa rancangan kau lepas ni, Azman?” Hazalina membetulkan
rambutnya. Suaranya tenggelam dalam apungan deruan alat penghawa
dingin.
“Aku ingat nak sambung belajar lagi.”
“Dalam bidang apa?” Dia membetulkan duduknya.
“Kesusasteraan Melayu. Kau pula macam mana?” Kuamati
wajahnya tepat. Kedua-dua biji mataku tidak berkelip-kelip. Mata kami
bersatu. Pelayan lalu datang membawa minuman yang dipesan.
“Aku pun macam kau juga.”
“Kau nak pilih bidang apa?”
“Guaman, tapi bukan di sini.”
44

