Page 40 - mewarna pelangi
P. 40

Aku amat mengaguminya kerana sangat arif dalam hal-hal agama.

                   Mungkin juga kerana didikan keluarga yang sempurna.





                          Di  luar  bola  matahari  kian  tepat  di  atas  ufuk  darjah.  Deru

                   kenderaan  tak  putus-putus  berlibur.  Manusia  tak  jemu-jemu


                   berkeliaran  di  dada  aspal  jalan.  Berkeliaran  di  merata-rata  tempat

                   seperti  dilanggar  garuda.  Masing-masing  berlumba-lumba  mengejar


                   kemajuan.  Mereka  semua  berpegang  kuat  pada  prinsip  hidup  di  kota

                   yang mengibaratkan siapa yang terlambat pasti tercicir.




                          Hazalina memancung lamunanku.




                          “Azman,  kau  harus  belajar  lagi.  Jangan  sia-siakan  peluang  yang


                   diberikan.”




                          Tiba-tiba  aku  dibekalkan  dengan  penuh  rasa  keyakinan.  Aku

                   mengerti dengan kata-kata dan rangsangan dari Hazalina.




                          Yang nyata dia benar-benar mengambil berat tentang diriku. Nak


                   kutanya serba salah rasanya. Akhirnya niat itu terpaksa kupendamkan


                   juga di dalam hati. Perlahan-lahan aku mengangkat muka.



                          “Aku faham, Hazalina. Tapi ....” Nada suaraku lemah.





                                                             40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45