Page 39 - mewarna pelangi
P. 39
Perbualan kami bertambah rancak apabila dimasukkan unsur-
unsur agama.
Aku teringat semula kata-kata Ustaz Kadir.
“Setiap kali lepas sembahyang perbanyakkanlah doa dan petunjuk
daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hidup ini akan diberkati bukan
sahaja di dunia malah juga di akhirat.” Hubungan antara manusia
dengan Tuhan memang rapat dan sukar untuk dipisahkan.
“Kadangkala kita sebagai terlalu leka mengejar keduniaan hingga
melupakan kewujudan-Nya yang azali di atas alam fana ini.
Sesungguhnya Dia Maha Pencipta ke atas segala makhluk dan alam
semesta.”
Aku berpegang kuat pada konsep ketuhanan tiap waktu dan
ketika agama yang dibekalkan oleh Tuhan menjadi panduan dalam
hidup manusia di dunia ini. Tanpanya kita tak ubah macam orang jahil.
Terumbang-ambing tanpa arah haluan.
“Yang anehnya kita amat berat untuk menunaikan sembahyang
lima waktu yang menjadi tiang agama.”
39

