Page 51 - mewarna pelangi
P. 51
“Aku bersimpati dengan kau, Ita …,” balasku pula. Ita masih
mahu meluahkan sesuatu.
“Aku ingin memiliki hatimu ….” Ternyata Ita tidak dapat lagi
membendung perasaannya. Aku jadi terkasima apabila mendengarnya.
Benarkah ini atau hanya mimpi?
“Ita ….” Aku bersuara memujuk.
“Kau terlalu mengambil berat tentang diriku. Malah, kau juga
telah dapat mengubat hatiku yang kian lara.” Ita telah menyemaikan
harapan yang menggunung tinggi padaku. Dia menawarkan cinta. Oh,
Tuhan! Aku jadi serba salah.
“Ita, aku tak terlintas sedikit pun untuk mengecewakan hatimu.
Tapi ….” Aku berhenti tiba-tiba. Terasa berat untuk kulepaskan.
Ita kuperhatikan dengan penuh tenang menanti akan jawapanku.
51

