Page 89 - mewarna pelangi
P. 89

“Cuti tahun ke?” soal ayah lagi sambil menghisap rokok daun.




                          “Ya,  ayah!”  Wajahnya  kian  tua.  Rambutnya  dipenuhi  uban.


                   Lapisan kedut menghiasi permukaan kulitnya.




                          Kudratnya sudah tidak berdaya lagi. Dia selalu sakit dan batuk-

                   batuk. Maklumlah dah tua. Demikianlah hakikatnya setiap yang muda


                   pasti merasai tua.




                          Dulu, pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bertemankan unggas dan

                   embun,  membongkok  menyembah  pokok  getah.  Sebelah  petang  ayah


                   turun ke bendang tanpa menghiraukan pacat dan lintah yang melekat di

                   kaki.  Hasil  padi  dan  getahlah  yang  menyara  persekolahan  kami  adik-


                   beradik. Ayah rela berkorban untuk itu semua. Dia tidak mengharapkan

                   agar  jasanya  dibalas  dengan  wang  ringgit.  Cukuplah  sekadar  melihat


                   anak-anaknya        semua       berjaya     dalam      hidup.     Sungguh       besar

                   pengorbananmu, ayah!




                          Sejak dari dulu lagi, ayah amat terkenal tegas dalam soal didikan


                   agama. Dia mahu kami semua hidup berperaturan. Bukan seperti orang


                   jahil yang tak tentu haluan.










                                                             89
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94