Page 105 - CAHAYA SUCI
P. 105

bukannya  apa,  Wardiah.  Bukanlah  aku  nak  campur  hal  peribadi  kau.

                   Aku cuma nak ingatkan kau. Banyak duit yang kau pinjam tu. Mampu


                   ke  kau  bayar  balik?”  dia  sebaliknya  mengalih  tajuk  perbualan  dengan


                   panjang lebar.




                          “Alah, apa yang nak dirisaukan,” Wardiah menjawab.




                          “Bila  Shahrul  dah  untung  dalam  perniagaan  nanti  dia  bayarlah

                   untuk aku duit pinjaman tu,” yakinnya lagi.




                          Sementara  itu  Simon  masih  lagi  berasa  tidak  puashati  kerana


                   Jeffri tidak membayar wang pertaruhan yang dimenanginya.




                          “Aku  ingatkan  kau  tak  nak  jawab  panggilan  aku!”  kata  Simon

                   kepada  Jeffri  melalui  perbualan  telefon  bimbit  dalam  nada  suara  yang


                   keras.




                          “Hei! Aku bukan pengecutlah!” Jeffri sebaliknya membalas kasar.




                          “Baguslah  macam  tu.  Aku  nak  ingatkan  kau.  Bayar  wang


                   pertaruhan  tu.  Apalagi  yang  kau  tunggu.  Rahim  dah  mampus!”  Dia

                   memberi peringatan kepada musuh ketatnya itu.





                                                            105
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110