Page 102 - CAHAYA SUCI
P. 102

“Sama-sama!”  sambut  Doktor  Izwan  juga  dengan  mengangguk-

                   anggukkan kepala dan bersalaman dengan Khairil.





                          Khairil  kemudiannya  lalu  meninggalkan  bilik  Doktor  Izwan  dan

                   menuju ke bilik Unit Rawatan Rapi untuk menziarahi Rahim.




                          Seperti yang dirancangkan besok ahli-ahli  Persatuan Amal Kasih


                   akan mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Seri Kenangan.




                          “Selain  daripada  melawat  kita  juga  akan  mengadakan  aktiviti

                   gotong-royong, datin,” jelas Sofia.




                          “Eloklah tu!” sokong Datin Ziela.




                          “Saya  pun  nak  beri  sumbangan  ikhlas.  Ana!”  Dia  berpaling  ke


                   arah Rohana yang duduk bersebelahan dengan Sofia.




                          “Ya,  datin!”  Rohana  pantas  berhenti  daripada  menulis  di  dalam

                   diari.  Yang  mencatat  segala  pergerakan  harian  Datin  Ziela.  Apabila


                   kedengaran namanya dipanggil oleh majikannya yang bergelar datin itu.




                          “Nanti  beritahu  akauntan  syarikat  keluarkan  cek  RM  5,000.00,”

                   arahnya lagi pada Rohana.



                                                            102
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107