Page 103 - CAHAYA SUCI
P. 103

“Baik,     datin!”    sambut      Rohana       pula     sebaliknya      sambil

                   mengangguk-anggukkan kepala.





                          Sampai  sahaja  di  pejabat  Khairil  lalu  memberitahu  Encik  Jonid

                   yang Rahim telah ditimpa kemalangan jalan raya.




                          “Parah ke keadaannya, Khairil?” Encik Jonid lantas menyoal.




                          “Dia  masih  lagi  dirawat  di  Unit  Rawatan  Rapi,”  terangnya  pada


                   Encik Jonid.




                          “Macam mana dia boleh ditimpa kemalangan?” celah Encik Jonid

                   dengan pantas.




                          “Saya sendiri pun tak tahu, Encik Jonid. Ketika saya lalu di Jalan


                   Bangsar  saya  tengok  dia  dah  terbaring  di  tepi  jalan.  Dalam  keadaan

                   yang  tak  sedarkan  diri.  Saya  pun  terus  bawa  dia  ke  hospital,”  dia


                   membalas.




                          “Mungkin dia ditimpa kemalangan sewaktu berlumba,” kata Encik


                   Jonid lagi.



                          “Boleh jadi juga, Encik Jonid!” angguk Khairil pula sebaliknya.



                                                            103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108