Page 104 - CAHAYA SUCI
P. 104

Selepas  menikmati  makan  malam,  Aina  dan  Wardiah  duduk  di

                   ruang  tamu  rumah  sambil  berbual-bual  dan  menonton  rancangan


                   televisyen. Sofia pula mengemas pinggan-mangkuk di dapur.




                          “Siang tadi aku pergi bank. Buat pinjaman RM 100,000.00. Untuk


                   belanja  majlis  perkahwinan  aku.  Dan  buat  modal  Shahrul  nak

                   berniaga,” Wardiah bercerita.




                          “Bila kau dengan Shahrul nak kahwin?” soal Aina.




                          “Hujung tahun ni,” ujar Wardiah.




                          “Sebagai  seorang  kawan  aku  berasa  sungguh  gembira.  Apabila


                   mendengar  kau  dan  Shahrul  hendak  mendirikan  rumah  tangga.  Aku

                   doakan moga kau berdua bahagia hingga ke anak cucu,” Aina bersuara.




                          “Kau  pulak  macam  mana?  Jadi  ke  kahwin  dengan  Shahrul?”


                   Dengan tiba-tiba sahaja Wardiah mengejutkan Aina dengan pertanyaan

                   itu.





                          “Kan  aku  dah  beritahu  kau.  Yang  hati  aku  ni  masih  lagi  belum

                   terbuka. Untuk berkahwin lagi. Sudahlah. Tak usahlah kita bincangkan

                   perkara  tu.  Balik  semula  cerita  kau  pinjam  duit  daripada  bank.  Aku



                                                            104
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109