Page 113 - CAHAYA SUCI
P. 113

Sungguh  indah  di  pandangan  mata  dan  mendamaikan  jiwa  bila

                   dihayati.





                          “Saya  dapati  sajak-sajak  yang  Pak  Rahman  tulis  menggunakan

                   bahasa yang mudah untuk difahami. Tidak seperti penulis-penulis lain.


                   Banyak  menggunakan  perlambangan  dalam  sajak  tulisan  mereka,”

                   Khairil bersuara.




                          “Bagi  Pak  Rahman  masing-masing  mempunyai  cara  tersendiri


                   dalam  berkarya.  Pak  Rahman  lebih  senang  untuk  menyampaikannya

                   terus  kepada  pembaca.  Agar  mereka  faham  apa  yang  tersirat  dalam


                   puisi yang Pak Rahman tulis,” dia menjawab pula sebaliknya.




                          “Puisi yang bertajuk ‘Bangkitlah Bangsaku Yang Bernama Melayu’

                   tulisan  Pak  Rahman  jelas  menunjukkan  rasa  penentangan  terhadap


                   Malayan Union,” celah Khairil lagi.




                          “Pak  Rahman  bukan  sahaja  berjuang  melalui  tulisan  malahan

                   juga  berjuang  bersama  dengan  Dato’  Onn  bin  Jaafar  untuk


                   menggagalkan  rancangan  British  menubuhkan  Malayan  Union,”


                   jelasnya pada Khairil.







                                                            113
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118