Page 117 - CAHAYA SUCI
P. 117
“Aku bersetuju sekali dengan pandangan kau tu, Ril!” Azman
menyatakan sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh Khairil itu.
“Mencegah adalah lebih baik daripada merawat,” ulangnya.
Aina menerima panggilan telefon daripada ibunya. Yang
memintanya untuk pulang ke kampung. Kata ibunya ada perkara
mustahak yang hendak dibincangkan dengannya.
Dia menurut saja permintaan ibunya itu dengan mengambil cuti
untuk pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan menuju ke kampung
halamannya hatinya tertanya-tanya. Perkara apakah yang hendak
dibincangkan oleh ibunya? Sampai beria-ia benar menyuruh dia balik.
Menjelang lewat petang barulah dia sampai di rumah ibunya yang
tinggal keseorangan semenjak ayahnya meninggal dunia.
Setibanya Aina di rumah ibunya dia lalu membersihkan diri dan
menunaikan solat Asar. Selepas saja menunaikan solat Asar dia duduk
di anjung rumah sambil menikmati minum petang. Bersama hembusan
angin yang bertiup lemah-gemalai. Ibunya lantas menyatakan perkara
yang sebenarnya kepada Aina. Yang baru saja sampai dari Kuala
Lumpur.
117

