Page 115 - CAHAYA SUCI
P. 115
Im sedar semula pada hari ni. Siapa yang bawa Im ke hospital, bang?”
Rahim ingin mengetahui orang yang telah membantunya ketika dia
ditimpa kemalangan jalan raya.
“Kebetulan abang lalu di Jalan Bangsar tempat Im ditimpa
kemalangan. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Abang pun
terus bawa Im ke hospital,” jelas Khairil pada Rahim.
“Im minta maaf, bang. Di atas sikap Im selama ini. Yang bersikap
biadap dan kasar terhadap abang. Im malu, bang. Kerana orang yang Im
selalu maki hamun telah menyelamatkan nyawa Im.” Dia meluahkan
rasa penyesalan kepada Khairil.
“Sudahlah tu, Im. Im tak ada buat salah dengan abang.
Lupakanlah semua perkara tu. Yang penting Im selamat. Dan abang
doakan moga Im cepat sembuh,” balas Khairil pula sebaliknya.
Titis-titis air mata Rahim lalu mengalir laju membasahi pipi
umpama hujan yang turun apabila mendengar kata-kata Khairil itu.
Tengah hari. Langit nampak kelabu. Matahari tidak
menampakkan sinarnya. Mungkin kesan daripada hujan yang turun
lebat sejak daripada pagi tadi dan baru saja berhenti. Khairil dan Azman
115

